Personal Data Protection Policy

Pendahuluan

1.1 Terima Kasih kerana melayari www.nandos.com.my “Laman Sesawang” kami. Nando’s adalah sebuah syarikat yang berdaftar Nando’s Chickenland Malaysia Sdn Bhd dan berjanji akan melindungi dan menghormati hak peribadi anda.

1.2 Polisi Peribadi (“Polisi”) ini bersama dengan terma dan syarat Laman Sesawang kami yang terdapat di [terma dan syarat], merupakan satu asas di mana kami akan menyimpan, mengguna atau memproses Data Peribadi anda, sama ada Data Peribadi yang dikumpul oleh kami atau Data Peribadi yang diberikan oleh anda semasa anda melayari Laman Sesawang kami. Sila baca Polisi ini dengan teliti supaya anda dapat memahami dengan sepenuhnya cara yang akan digunakan oleh kami dalam mengendalikan Data Peribadi (seperti yang dinyatakan di bawah ini) anda.

1.3 Dalam menerima pakai Polisi ini, kami ingin mengimbangi kepentingan perniagaan yang sah dan perlindungan privasi anda yang munasabah. Kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk menghalang penggunaan yang tidak dibenarkan atau pendedahan Data Peribadi anda. Walaubagaimanapun, kami tidak menjamin bahawa Data Peribadi anda akan menjadi 100% selamat dengan langkah yang diambil.

1.4 Dengan terus melayari Laman Sesawang ini, anda telah bersetuju dengan semua terma dan syarat yang dinyatakan di dalam Polisi ini, dan anda juga bersetuju membenarkan kami untuk mengumpul dan memproses semua Data Peribadi anda untuk tujuan yang dinyatakan di fasa 3.

Jenis Data Peribadi yang akan dikumpulkan oleh kami.

2.1 Data Peribadi yang mungkin akan disimpan oleh kami untuk keperluan perniagaan kami yang sah di sisi undang-undang adalah termasuk nama penuh, alamat e-mel, alamat pos, alamat fizikal, nombor telefon, tarikh lahir, maklumat mengenai telefon mudah alih, maklumat pembekal perkhidmatan telefon dan sebarang maklumat dan perkhidmatan yang berkaitan (“Data Peribadi”).

2.2 Kami juga mungkin akan mengumpul informasi yang lain seperti minat anda, tabiat pembelian, informasi transaksi, lokasi geografi dan demografi (seperti umur, jantina, maklumat pendapatan). Kami juga mungkin akan mengumpul maklumat yang didapati oleh kami dengan rekod lain (seperti daripada panggilan telefon dan pembelian yang dibuat oleh anda) untuk membina pfofile pelanggan anda.

2.3 Kami akan cuba menghadkan Data Peribadi yang dikumpulkan oleh kami kepada tahap yang hanya dipersetujui oleh anda (sebagai contoh, dalam pendaftaran dalam talian, pertandingan, kaji selidik, polls, permainan, SMS, MMS dan perkhidmatan mudah alih yang lain).

2.4 Apabila anda melayari Laman Sesawang kami, “web server” kami akan secara automatik menyimpan nama ISP (Internet Service Provider) anda, Laman Sesawang yang anda layari, halaman Laman Sesawang kami yang anda layari, urutan, tarikh dan tempoh anda melayari Laman Sesawang kami. Informasi ini adalah agregat, tanpa nama dan anda tidak akan dikenal pasti secara khusus.

Bagaimana Nando’s akan mengguna Data Peribadi anda.

3.1 Kami akan mengguna Data Peribadi anda untuk:

3.1.1 menyediakan perkhidmatan atau produk yang diminta oleh anda (contohnya mengirim berita terkini kami kepada anda melalui e-mel atau media elektronik yang lain);

3.1.2 membenarkan anda menyertai aktiviti-aktiviti rekreasi di Laman Sesawang kami (seperti menghantar mesej di Message Board kami) untuk menganjur dan mengadakan sebarang permainan, aktiviti dan acara promosi;

3.1.3 untuk memaklumkan kepada anda sebarang perubahan kepada Laman Sesawang kami;

3.1.4 untuk menghubungi anda mengenai produk, perkhidmatan, promosi, tawaran dan pertandingan yang anda mungkin akan berminat, tertakluk kepada fasa 6 di bawah;

3.1.5 untuk menjawab sebarang pertanyaan oleh anda;

3.1.6 untuk membina satu hubungan dengan anda untuk tujuan yang dinyatakan seperti di dalam Klausa ini;

3.1.7 untuk kami membina profil pelanggan di atas talian;

3.1.8 untuk kami memahami trend dan corak pelanggan secara umum supaya kami boleh membina dan menyokong strategi pemasaran produk dan perkhidmatan kami yang terkini;

3.1.9 untuk tujuan keselamatan, pentadbiran dan pematuhan undang-undang.

3.2 Apabila anda memilih untuk menerima perkidmatan mudah alih dan maklumat melalui SMS, MMS dan perkhidmatan mudah alih yang lain, kami akan mengguna maklumat ini untuk menjalankan penyelidikan pasaran, merekod data penjualan, dan untuk merancang aktiviti promosi yang lain yang anda minati.

3.3 Data Peribadi anda tidak akan diprosess untuk jangka masa yang lama yang tidak diperlukan selain daripada untuk tujuan yang dinyatakan dalam Polisi ini.

Polisi Cookie Nando’s

4.1 Kami, pihak ketiga yang memberi perkhidmatan kepada kami dan rakan kongsi kami mungkin akan menghantar “Cookie” ke komputer anda atau dengan mengguna teknologi yang lebih kurang sama untuk memperkembangkan pengalaman anda dalam melayarari laman sesawang kami di internet. Cookie merupakan fail yang boleh mengenal pasti anda sebagai pelanggan yang unik dan menyimpan Data Peribadi anda yang akan memberitahu kami halaman Laman Sesawang kami yang pernah anda layari dan urutan anda melayarinya. Kami mengguna Cookie dan maklumat teknikal yang lain untuk mengetahui corak lawatan anda ke Laman Sesawang kami, untuk menganalisi trafik Laman Sesawang dan untuk mengetahui trend, corak dan pilihan muat turun yang dibenarkan dan atas sebab-sebab teknikal yang berkaitan dengan penggunaan Laman Sesawang kami. Cookie mungkin kekal (Cookie yang kekal di komputer anda sehingga anda memadamkannya) atau sementara (Cookie yang akan terpadam selepas anda menutup pelayar sesawang).

4.2 Kami juga mungkin akan mengguna “web beacon” untuk memantau penggunaan Laman Sesawang kami oleh anda. Web beacon (atau web bug) adalah jaringan kecil dalam kod yang menyediakan satu kaedah untuk menghantar imej grafik pada laman sesawang untuk tujuan memindah data seperti IP (Internet Protocol) alamat komputer yang muat turun halaman di mana web beacon berada, URL (Uniform Resource Locater) halaman di mana web beacon berada, tempoh halaman yang mempunyai web beacon dilayari, jenis pelayar Sesawang yang di direkodkan oleh web beacon, dan nombor pengenalan Cookie pada komputer yang disimpan oleh pelayar sebelum itu. Apabila berhubung dengan anda melalui HTML capable e-mel, web beacon memberitahu kami sama ada anda menerima dan membuka e-mel kami. HTML capable e-mel, Cookies atau web beacon tidak akan mengandungi atau mendedahkan sebarang Data Peribadi. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk memberikan kami Data Peribadi, ia boleh dihubungkan dengan data tanpa nama yang disimpan di dalam cookie dan / atau web beacon. Kebanyakan pelayar pada peringkat awal ditetapkan untuk menerima Cookie. Walau bagaimanapun, jika anda mahu, anda boleh mengubah pelayar anda untuk menolak Cookie daripada kami atau daripada mana-mana laman sesawang yang lain. Dengan menetapkan pelayar sesawang anda untuk memaparkan e-mel HTML sebagai teks sahaja, anda mungkin boleh menghalang penggunaan web beacon yang lain. Sila ambil perhatian bahawa terdapat bahagian-bahagian tertentu di Laman Sesawang kami hanya boleh dilayari bersama Cookie atau peranti yang sama sifatnya.

Data Peribadi yang boleh didapati secara umum.

5.1 Jika kami dari semasa ke semasa menawarkan “chat rooms”,” message boards”, “blogs”, “newsgroups” atau forum-forum di Laman Sesawang kami, kami akan mengumpul segala informasi yang anda nyatakan kepada kami. Informasi yang dikumpul akan digunapakai oleh kami dengan mengikut Polisi ini. Anda dingaat bahawa kami tidak akan bertanggungjawab terhadap penggunaan informasi oleh pihak ketiga yang anda nyatakan di “chat rooms”, “message boards”, “blogs”, “newsgroups” atau forum-forum di Laman Sesawang kami.

Adakah Data Peribadi anda akan digunakan untuk tujuan pemasaran?

6.1 Kami akan mengguna Data Peribadi anda setelah kami mendapat kebenaran anda untuk :

6.1.1 pemasaran langsung produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami atau syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Nando’s; dan

6.1.2 pemasaran langsung produk dan perkhidmatan untuk pihak ketiga dimana anda telah bersetuju untuk mendedahkan butiran anda kepada pihak ketiga yang berkaitan.

6.2 Anda berhak meminta kami berhenti daipada terus menggunakan Data Peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung, dan kami akan menyediakan anda dengan perkhidmatan yang perlu bagi anda untuk berbuat demikian dengan mudah, setiap kali kami memasarkan produk kepada anda.

Langkah-langkah yang diambil untuk melindungi Data Peribadi anda.

7.1 Walaupun kami tidak boleh menjamin keselamatan Data Peribadi anda dengan sepenuhnya di internet, langkah-langkah keselamatan teknikal yang munasabah dan sekuriti yang terurus serta yang terkini akan digunakan oleh kami untuk mengelakkan Data Peribadi anda daripada dimanipulasi secara tidak sengaja atau dengan niat, kehilangan, penyalahgunaan, kemusnahan, pendedahan yang tidak dibenarkan atau mempunyai akses terhadap informasi yang kami kumpulkan di atas talian.

7.2 Walaupun kami tidak dapat memastikan atau menjamin keselamatan sebarang Data Peribadi yang anda berikan kepada kami, kami akan terus mengekalkan dan meningkatkan langkah-langkah keselamatan dari semasa ke semasa yang selaras dengan perkembangan undang-undang dan teknologi di Malaysia.

Bagaimanakah Nando’s akan menyimpam Data Peribadi saya?

8.1 Kami akan menyimpan Data Peribadi anda di AIMS Data Centre di Menara Aik Hua, Cangkat Raja Chulan, 50250 Kuala Lumpur dan/atau Lot 79, Lorong Memanda 1, Ampang Point, 68000 Ampang, Selangor. Kami juga mungkin atau sebagai alternatif boleh menyimpan dan memindahkan Data Peribadi anda kepada pusat pangkalan data yang terletak di Nando’s CS Office, 123, 2nd Floor, Jalan Sultan, 50000 Kuala Lumpur. Jika lokasi pusat pangkalan data terletak di sebuah negara yang tidak mempunyai undang-undang yang serupa bagi perlindungan Data Peribadi, kami akan mengambil langkah yang perlu untuk memastikan bahawa Data Peribadi anda dilindungi mengikut undang-undang yang berkenaan.

8.2 Kami tidak akan menyimpan Data Peribadi anda untuk suatu tempoh yang lama jika tidak diperlukan.

Mungkinkah Data Peribadi saya dikongsi dengan pihak lain?

9.1 Entiti Nando’s: Kami mungkin akan berkongsi Data Peribadi anda dengan entiti Nando’s yang lain dimana anda telah bersetuju untuk terikat dengan Polisi ini. Adalah berkemungkinan bahawa kami, jabatan kami atau sekutu kami, boleh digabung, dijual atau diambil alih oleh pihak ketiga. Kami mungkin akan berkongsi Data Peribadi anda dengan mana-mana entiti yang mewarisi kami setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Polisi ini.

9.2 Pihak Ketiga: Kami mungkin akan mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga mengikut peruntukan undang-undang. Kami juga mempunyai hak untuk mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga jika terdapat aduan mengenai penggunaan Laman Sesawang kami oleh anda dan di mana kami percaya , mengikut budi bicara kami , penggunaan Laman Sesawang kami oleh anda bertentangan dengan Polisi ini. Kami juga akan berkongsi informasi yang dikumpul oleh kami dari Laman Sesawang kami dengan pihak ketiga termasuk untuk tujuan pengiklan, rakan kongsi kami untuk memahami trend, corak dan mengurus serta memperbaiki perniagaan kami secara agregat dan tanpa merujuk kepada nama pengguna Laman Sesawang. Kami akan membekalkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga yang merupakan pemproses yang mentadbir dan mengurus makluman kepada anda mengenai Polisi ini, kami mungkin juga akan mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga (seperti juru audit atau penasihat undang-undang) untuk kami mendapatkan nasihat professional daripada mereka. Semua pemprosesan Data Peribadi anda akan dikendali dalam satu bentuk perjanjian yang mengikuti undang-undang yang diperuntukkan.

9.3 Pautan, penaja pihak ketiga dan “ad-server”: Laman Sesawang kami mungkin mengandungi pautan ke laman sesawang yang lain yang tidak dilindungi oleh Polisi ini dan cara pengurusan Data Peribadi oleh mereka mungkin berbeza dengan Polisi ini. Pengguna tersebut hendaklah mendapatkan nasihat mengenai polisi Data Peribadi laman sesawang tersebut terlebih dahulu daripada pihak ketiga sebelum memberi apa-apa Data Peribadi dan kami tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai kawalan ke atas Data Peribadi yang diguna atau dikumpul oleh laman sesawang pihak ketiga ini. Kadang-kala, kami akan menawarkan kandungan atau program yang ditaja atau jenama bersama dengan pihak ketiga yang dikenal pasti. Kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang Data Peribadi yang diguna atau dikumpul oleh pihak ketiga dimana Data Peribadi itu diberikan oleh anda secara sukarela kepada pihak ketiga tersebut. Walaubagaimanapun, anda akan dimaklum tentang cara Data Peribadi anda akan diproses dan kepada pihak mana data ini akan dipindahkan sebelum Data Peribadi anda akan dikumpul. Kami akan mengumpul data, laporan dan laporan pengiklanan dan juga penghantaran mesej dan pengiklanan jika terdapat pihak ketiga yang mengiklan di Laman Sesawang kami. Pihak ketiga seperti ini bebas melihat, mengedit dan menetapkan Cookie mereka. Penggunaan teknologi yang disebutkan di atas oleh mana-mana pihak ketiga akan mengikut polisi peribadi mereka dan tidak tertakluk di dalam Polisi ini.

Bagaimana saya boleh tahu jenis Data Peribadi saya yang disimpan oleh Nando’s?

10.1 Untuk mengetahui Data Peribadi yang di proses oleh kami, membatalkan kebenaran untuk kami memproses Data Peribadi anda, membetulkan atau mengemas kini Data Peribadi anda yang telah disimpan oleh kami atau menyatakan secara khusus Data Peribadi yang anda memberi kebenaran kepada kami untuk tujuan pemprosesan, sila hantar e-mel ke peri-peri@nandos.com.my. Kami akan memberi peluang kepada anda untuk mengemaskini Data Peribadi anda yang disimpan oleh kami. Jika anda telah mendaftar dan menjadi ahli program kesetiaan kami, anda boleh dari semasa ke semasa melayari laman kami di www.nandos.com.my/nandoscard. Data Peribadi yang telah dibetulkan oleh anda akan terpapar di dalam system kami.

10.2 Untuk tujuan perlindungan Data Peribadi anda, kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mengesahkan identiti anda sebelum anda diberi akses terhadap Data Peribadi anda. Jika anda mempunyai sebarang persoalan mengenai cara pengumpulan dan penyimpanan Data Peribadi anda oleh kami, sila hubungi kami di peri-peri@nandos.com.my.

Cara Penggunaan Data pengguna Facebook oleh Nando’s.

11.1 Nando’s mempunyai aplikasi rasmi untuk iPhone, iPad, iPod dan Android yang boleh dimuat turun di negara-negara tertentu ("Aplikasi rasmi"). Untuk memeriksa jika Aplikasi rasmi disediakan di Malaysia dan untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai Aplikasi rasmi ini sila layari Laman Sesawang kami.

11.2 Aplikasi rasmi akan mengakses maklumat daripada akaun Facebook kepada sesiapa yang mengguna aplikasi tersebut setelah mendapat kebenaran untuk berbuat demikian. Setelah kebenaran diberikan, Aplikasi rasmi hanya akan mempunyai akses terhadap senarai rakan pengguna dan lokasi. Jika Aplikasi rasmi tidak terdapat di negara anda, maka fasal 11.2 ini tidak akan terpakai kepada anda.

Penggunaan Laman Sesawang oleh kanak-kanak.

12.1 Laman Sesawang ini adalah terbuka kepada semua individu yang berumur 18 tahun dan ke atas manakala kanak-kanak di bawah umur 18 tahun perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga terlebih dahulu.

12.2 Kami menasihati kanak-kanak yang melayari Laman Sesawang kami mendapatkan nasihat daripada ibu bapa atau penjaga terlebih dahulu sebelum memberi sebarang Data Peribadi. Kami juga mengalakkan ibu bapa atau penjaga untuk memantau aktivit anak mereka di atas talian, seperti memasang alat kawalan yang boleh didapati di atas talian atau perisian yang membantu menyediakan persekitaran yang mesra kanak-kanak di atas talian. Cara-cara ini juga dapat menghalang kanak-kanak daripada mendedahkan nama, alamat, dan Data Peribadi yang lain sebelum mendapat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga mereka.

12.3 Kami juga mengalakkan ibu bapa atau panjaga membuat penerangan kepada anak-anak mereka mengenai penggunaan internet dan informasi yang mereka dedahkan di atas talian.

Perubahan terhadap Polisi ini.

13.1 Kami mungkin akan menyemak semula Polisi ini dari semasa ke semasa atas alasan inisiatif Nando’s, perubahan dalam undang-undang atau teknologi atau perubahan dalam cara pengumpulan dan penyimpanan Data Peribadi anda oleh kami. Jika Kami membuat keputusan untuk mengubah Polisi ini, perubahan tersebut akan dipaparkan di Laman Sesawang kami supaya anda boleh sentiasa merujuk kepada versi yang terkini.

13.2 Kami tidak akan menggunakan atau mendedahkan Data Peribadi yang diberikan oleh anda kepada kami dengan cara yang lain selain daripada cara-cara yang dihuraikan di atas, tanpa memaklumkan kepada anda dan akan memberi anda peluang untuk memberi kebenaran terhadap perubahan tersebut dan pendedahan Data Peribadi anda.

Undang-Undang

14.1 Polisi ini haruslah dikuatkuasakan mengikut undang-undang yang terpakai di Malaysia.

14.2 Jika mana-mana peruntukan dibawah Polisi ini didapati menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan disebabkan oleh undang-undang terkini atau perintah mahkamah, maka peruntukan tersebut akan dianggap telah dibatalkan daripada Polisi ini dan peruntukan-peruntukan yang selebihnya tidak akan terbatal sehingga mahkamah telah membuat keputusan bahawa terdapat kemustahilan dalam tujuan utama Polisi ini, maka anda boleh menghubungi Nando’s di alamat di fasal 15 di bawah untuk memilih untuk tidak terikat kepada Polisi ini.

Bagaimana saya boleh menghubungi Nando’s?

15.1 Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komen terhadap polisi, maka anda bolehlah berhubung dengan pihak kami atau pengurus pusat panggilan pelanggan kami, Sashikumar Gnanamuthu di peri-peri@nandos.com.my.